Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Permohonan atas talian bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) merangkumi dua kategori utama — PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Program ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan mampu milik.
KPKT TIDAK PERNAH melantik mana-mana EJEN untuk urusan permohonan PPR.
KPKT juga TIDAK PERNAH MEMINTA sebarang bayaran termasuk deposit, wang pemprosesan, bayaran peguam atau apa-apa bayaran lain dalam memproses permohonan PPR.
Sila berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan SCAMMER.